Aqasha Sambut Kelahiran Anak Lelaki Sulong Semalam

Tahniah pada Aqasha atau nama sebenar Firdee Aqasha Rosli, 29, kerana sudah pun bergelar bapa, setelah menyambut kelahiran anak lelaki pertamanya sekitar pukul 6:14 petang semalam. Noor Baizura Mohd Sabru, 28, isteri kepada Aqasha telah berjaya melahirkan anak mereka secara normal dan telah di berikan nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqash. Menurut Aqasha, isterinya sudah mengalami tanda-tanda kelahiran ketika dia menghadiri sesi soundcheck yang berlangsung di Alexis, Bangsar, malam kelmarin lagi. Sekali lagi ucapan tahniah buat Aqasha dan Noor Baizura daripada kami. Untuk pengetahuan pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 10.10.2010 bertempat di Lake Field, Kuala Lumpur. Berikut antara tweet Aqasha.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply