Bekas Bini AC Mizal Pinjam Duit Ibu Kerana Kesempitan

Untuk makluman anda, baru-baru ini, Ibu kepada Shafnie (bekas isteri AC Mizal), Rafiah Ab. Talib, 62, mendakwa, atas desakan hidup bagi menyara kedua-dua orang anak lelakinya, anak perempuannya itu terpaksa meminjam wang darinya. Kami juga di maklumkan, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah sewa di Kota Damansara ke rumahn ibunya Rafidah di Kajang, kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah serta beliau telah menjual pelbagai barangan untuk mendapatkan wang. Beliau juga mendakwa anak lelaki AC Mizal yang bernama Muhammad Shafiq  Iman kini sedang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Iman kerana ayahnya AC Mizal tidak pernah memberi anaknya itu pelajaran agama. Emosi cucu-cucunya itu juga akan terganggu apabila melihat gaya hidup mewah ayahnya itu di media beritahu Rafiah ketika memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39. Kami di fahamkan,
di dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan. Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000). Berikut ulasan ibu Shafinie ringkas kepada media baru-baru ini.

”Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana” .

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply