Eira Syazira & Azad Jazmin Bernikah 16 September 2011

Terhangat dari biasa, hehe.. Berita baik untuk peminat Eira Syazira dan Azad Jazmin, mereka d katakan akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 16 September 2011. Majlis akan di adakan di kediaman keluarga Eira di Putrajaya. Berita di ketahui selepas pasangn terbabit di katakan telah mengedar e-kad jemputan untuk majlis mereka itu. Mereka yang hangat bercinta sejak 3 tahun lalu, sememangnya di nantikan untuk naik ke pelamin oleh peminat-peminat mereka. Di khabarkan lagi, majlis tersebut akan bermula pada 8 malam dan akan di hadiri keluarga kedua belah pihak dan media, serta bertemakan cermin dan kristal dengan warna temanya red white dan silver. Eira juga memberitahu, pelamin pada majlis itu di reka khas oleh, Zaha Wedding Planner dari Ipoh. Manakala majlis sambut menantu di Pulau Pinang, akan di adakan pada 26 November 2011 dan mendapat tajaan penuh dari Butik Jalinan Kasih. Tambahnya lagi, beliau dan Azad Jazmin bakal mengenakan persalinan rekaan yang ditaja oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin dan Wanpa. Beliau juga memberitahu, pihak lelaki akan membawa 9 dulang hantaran dan pihak beliau akan membalasnya dengan 11 dulang hantaran. Buat sementara ini, beliau masih merahsiakan nilai wang hantaran yang bakal di terima serta masih belum membuat keputusan untuk memilih mana-mana tajaan bagi pihaknya. Berikut ringkas ulasan beliau.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat restu ibu bapa akhirnye kami bersatu juga setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam perhubungan kami.”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply