Gambar Anak Ke-3 Fazley Yaakob 9 September 2011

Gambar Fazley dan anak ke-3 nya
Kami di maklumkan, bahawa Fazley Yaakob dan isterinya Azrene Soraya telah selamat mendapat zuriat ke-3 pada 9hb September 2011 (bersamaan 11 Syawal 1432). Khabarnya, anak Fazley nie ada lesung pipit. Anak lelakinya di beri nama timangan ‘Piyush’ telah di lahirkan secara caesarian hari ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dengan berat 3.3kg. Nama penuh anaknya itu, khabarnya akan di umumkan selepas beliau telah mendaftar kelahiran anaknya itu. Kelahiran bayi ini lebih istimewa kerana ia merupakan anak ke-3 bagi Fazley yang mencecah usia 33, tahun ini. Dan ‘Piyush’ merupakan cucu ke-4 Dato Yaakob dan Datin Ummi. Mereka sekeluarga juga bakal menimang cucu ke-5 dalam beberapa jam lagi. Kerana isteri kepada adik ke-3 Fazley, iaitu Faizal, dijangka akan melahirkan anak pertama mereka hari ini juga. Dan mungkin bertambah ceria, apabila adik ke-2 Fazley, Faradilla, juga sedang sarat mengandung buat kali kedua dan ia, bakal menjadi cucu ke-6 kepada kedua-dua orang tua Fazley.  Kami di fahamkan, Fazley turut mempunyai seorang adik bongsu, Nadia, yang kini masih berada di bangku sekolah. Ini merupakan Syawal kedua buat Fazley & isteri selepas anak sulungnya, Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan turut dilahirkan dalam bulan yang sama. Manakala, anak kedua Fazley, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan. Dan khabarnya, seluruh keluarga Fazley teruja menanti kedatangan dua orang ahli keluarga baru di bulan Syawal secara serentak sejak malam tadi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply