Ulasan Shahz Jaszle
“Kami berdua dah kenal sejak lapan tahun yang lalu di mana kami belajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail. Masa itu saya di Tingkatan 5 dan Miera pula di Tingkatan 2. Kami juga merupakan jiran di mana dia tinggal di belakang rumah saya,” ujar Shahz menceritakan detik awal perkenalan mereka.
“Ketika itu, saya menaruh perasaan terhadap dia, namun saya tidak berpeluang untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi. Saya sepatutnya ‘date’ dengan dia waktu itu, namun kawan baik saya yang suka dia. Jadi, saya terpaksa simpan dulu perasaan ini.
“Namun, kami hanya mula serius sejak kebelakangan ini saja. Dulu kami pernah berlakon bersama dalam drama online, ‘Luna Fantasiku’ dan kali ini, kami disatukan kembali dalam filem arahan Mamat Khalid sebagai pasangan kekasih,”
“Saya selalu dikelilingi dengan wanita-wanita cantik sepanjang berada dalam industri ini, namun pada penghujungnya, kecantikan itu tidak dapat menjaga kita. Malah, zaman sekarang ini susah nak cari orang yang baik.Ulasa Miera
“Namun, apa yang membuatkan saya tertarik dengan Miera, dia seorang yang ‘characteristic’. Saya boleh masuk dengan dia sebab dia baik dan tak plastik. Dia seorang yang sempoi dan saya senang berkomunikasi dengan dia. Bagi saya, walaupun muda, dia sangat matang dalam setiap topik yang diperbincangkan.
“Saya tahu mesti akan ada orang yang tidak suka dengan hubungan kami berdua, namun saya tidak kisah apa orang nak cakap,”
“Saya suka seseorang itu bukan sebab dia pelakon popular. Saya sendiri jika boleh nak lari dari bercinta dengan orang dalam industri. Bukan itu saja, saya ini jenis yang ‘gila-gila’, jadi susah untuk orang memahami saya.Gambar Mereka Bersama
“Namun dapat mengenali Shahz, dia seorang yang ‘easy going’ dan saya berasa sangat selesa dengan dia. Kami berkongsi banyak benda dalam filem ‘Rentaz’ dan dari situlah kami menjadi lebih rapat,”
0 comments