Gambar Siti Saleha Belajar Muay Thai Untuk Filem Pukul Habis

Gambar dari tweet Siti Saleha ketika beliau sedang dalam kelas Muay Thai
Khabarnya, pelakon utama Drama Nora Elena iaitu Siti Saleha, 21, adik kepada Sam Bunkface ini akan beralih untuk berlakon dalam filem pulak. Filem berjudul Pukul Habis itu khabarnya memerlukan Siti Saleha membuat aksi Muay Thai. Dan khabarnya dalam filem tersebut juga, beliau sekali lagi akan bergandingan dengan Aron Aziz dan Johan Raja Lawak. Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama bagi artis kelahiran England ini berlakon dalam Filem dan Filem Pukul Habis merupakan filem Aksi Komedi yang pasti menggegarkan panggung. Berikut antara ulasanya di Harian Metro mengenai filem lakonanya, filem tersebut akan memulakan pengambaran November ini.

“Ada kalanya saya sendiri tidak mempercayainya. Selepas puas menimba pengalaman dan membina nama sebagai pelakon drama di televisyen, akhirnya saya diberi kepercayaan memikul watak utama dalam filem terbitan White Merpati Production. Ia bagai sebuah hadiah atas usaha dan kesungguhan saya selama ini.

“Filem ini akan memulakan penggambaran pada November depan dan saya bakal bergandingan dengan Johan Raja Lawak dan Aaron Aziz. Ia berkonsepkan komedi aksi namun menuntut komitmen yang lebih buat saya memperkukuhkan seni mempertahankan diri bagi menjayakan watak itu.

“Sebenarnya tawaran ini walaupun datang selepas tiga tahun saya bergelar pelakon, ia tidak sekali membuatkan saya terasa asing atau tertinggal berbanding kebanyakan pelakon lain. Ada juga yang menganggap peluang ini agak lewat dan perlahan buat saya tidak bagi saya kerana semuanya sudah lama dalam percaturan langkah saya.

“Sejak awal lagi memang sudah saya tetapkan untuk tidak cepat melangkah ke layar perak sebaliknya biarlah saya puas mencipta nama dalam penerbitan drama dulu. Kini selepas puas mencari kekuatan sebagai pelakon, saya berasa cukup selesa untuk membelek skrip filem pula,”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply