Gambar & Video Lisa Surihani Di Majalah Perempuan Oktober 2011

 Terbaru, Lisa Surihani muncul sebagai Cover Majalah Perempuan Edisi 254 @ Oktober 2011. Lihat sahaja tajuk di majalah tersebut mengenai Lisa yang ingin meminta izin kekasihnya Yusry untuk sambung belajar, sudah cukup membuatkan anda tertanya-tanya dan ngin mendapatkan majalah ini di pasaran. Apa yang kami baca, Lisa dikhabarkan akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan beliau ada meminta izin kekasihnya Yusry KRU di atas niatnya itu, dan kekasihnya itu memberi lampu hijau untuk beliau meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Khabarnya lagi, beliau mengambil subjek berkaitan undang-undang, namun masih merahsiakan jurusan apa yang diambil. Untuk makluman ini kali kedua Lisa Surihani menjadi wajah untuk cover majalah perempuan selepas beliau pernah muncul bersama Irwansyah pada 2009 untuk majalah yang sama.Berikut video sesi photoshoot beliau untuk Majalah Perempuan baru-baru ini.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply