Kekasih Radhi OAG Berusia 17 Tahun

Seperti sedia maklum, duda kepada Shazlin Sharif iaitu Radhi OAG, tidak dapat pulang beraya di kampung halaman beliau di Kuching, Sarawak kerana sedang menjalani proses pemulihan di Rumah Pengasih di sebabkan penyalahgunaan dadah yang di lakukan tahun lepas. Namun, beliau gembira, apabila keluarganya bersama anak tunggal beliau Mohd. Rifdhi Muslim datang melawat pada hari raya pertama lalu. Bercerita tentang gadis dalam hati, Radhi OAG mengakui beliau kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang jauh lebih muda dari beliau. Ramai pihak media mengatakan, belau sekarang sedang bercinta dengan gadis berusia 17 tahun yang di kenali dengan nama Nur Shahira Ayu. Kalau di imbas kembali , setahun yang lalu, Radhi OAG pernah membawa gadis ini ke mesyuarat Persatuan Karyawan namun ketika itu menafikan sebarang hubungan cinta dengan gadis muda ini. Radhi OAG juga khabarnya, mengakui yang gadis ini antara penyebab utama dia berazam untuk memperbaiki diri dan dengan rela hati mendaftar di Pengasih. Berikut ringkas kata Radhi semasa di temui baru-baru ini, serta gambar kekasih barunya itu.
“Saya mahu jika saya berkahwin sekali lagi, saya ingin rumah tangga itu disulam dengan akidah yang betul, jadi sebelum itu saya harus perbetulkan diri saya sendiri sebelum saya boleh memimpin orang lain,”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply