Mamat Khalid Bengang Rakyat Sokong Karya Namewee

Dalam penulisannya di blog beliau, dalam tajuk BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT . Mamat Khalid yang merupakan seorang pengarah amat rasa terkilan dengan rakyat Malaysia yang rata-ratanya kaum melayu, menyokong Filem Nasi Lemak 2.0 karya Namewee yang pernah merendahkan martabat Malaysaia dengan nyanyial lagu Negaraku yang telah di ubah seperti menghina kerajaan Malaysia. Untuk makluman, apa yang kami di fahamkan oleh penerbit filem tersebut Prodigee, NL2.0 telah berjaya mengutip kutipan sebanyak RM2juta dalam masa seminggu dengan modal penghasilan filem tersebut hanya tidak sampai RM1 juta sahaja. Ia menjadikan antara filem yang mengaut keuntungan bagi Syarikat Penerbitan itu. Dalam penulisan Mamat di blognya juga, beliau mengkritik habis, mereka yang menyokong filem Nasi Lemak 2.0 kerana baginya, Namewee adalah seorang yang racist dan menghina Melayu dan tidak boleh di maafkan. Dengan katanya yang lebih kesat, Mamat takut dengan sikap rakyat Malaysia yang menganggap individu bangsat ini sebagai hero, malah geram apabila golongan bangsat ini di benarkan berjumpa Perdana Menteri. Berikut screenshoot kenyataan Mamat Khalid di blog beliau.


Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply