Najwa Latif Sisihkan Ayah Kandung ??

Terbaru, sumber media tempatan membuat gosip mengatakan, penyanyi YouTube yang masih baru dalam dunia hiburan, berumur 16 tahun iaitu Najwa Latif di katakan tidak berhubung dengan bapa kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, lebih menyedihkan, ada gosip mengatakan beliau telah menyisihkan ayah kandungnya itu dalam hidupnya. Khabarnya ia berlaku kerana Najwa tidak dapat menerima tidakan ayahnya menegur dirinya dan kakaknya, Syafiqa. Teguran apa yang di maksudkan, kami pun tidak tahu. Oleh kerana itu, pihak media bertemu dengan bapa kandung artis ini, iaitu Abdul Latif yang merupakan guru di Kota Tinggi, Johor untuk bertanyakan tentang gosip tersebut. Namun, bapa Najwa tidak memberi sebarang komen melainkan redha dan berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji. Manakala Najwa pula ketika di temui, enggan mengulas perkara tersebut kerana ia terlalu peribadi. Namun beliau mengakui, ibu dan bapanya telah 4 tahun berpisah dan mengenai isu samada akan bertemu ayahnya, beliau hanya berdiam diri dan mengatakan isu tersebut amat peribadi. Manakala Azahari wakil dari NSR Records yang turut menemani Najwa dan kakanya ketika di temui media baru-baru ini, mencelah dan berharap cerita ini tidak dihebohkan. Untuk makluman, Najwa baru-baru ini telah menerima anugerah Bakat Anak Muda Selangor dan bakal muncul dengan single keduanya Carta Hati. Berikut ulasan ayah Najwa (Abdul Latif), Najwa Latif dan Azahari NSR Records.
Ulasan Abdul Latif

“Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.
“Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.
“Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja,”

Ulasan Najwa Latif
“Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.
“Tetapi saya lebih selesa berdiam diri dan memberi fokus kepada pelajaran dan kerjaya saya yang baru bermula. Saya tidak mahu campurkan kisah keluarga, pelajaran dan kerjaya,” 

“Seperti yang saya jelaskan, perkara ini terlalu peribadi. Sukar untuk saya katakan ya atau tidak. Cuma apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, hati kami masih belum bersedia,” 

Ulasan Azahari NSR Records
“Kami memang tahu mengenai masalah keluarganya tapi kami tidak mahu masuk campur dengan masalah mereka dan biar mereka urus sendiri,”


Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply