Neelofa Nafi Bercinta Dengan Hans Isaac

Kami rasa baru sahaja tersiar gosip di Harian Metro mengenai seorang saksi yang terlihat Neelofa dan Han Isaac yang di katakan begitu romantik seperti pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara, baru-baru ini. Kelihatan pasangan ini berpegangan tangan, manakala Neelofa pula di katakan begitu manja melentokkan kepalanya di bahu pengarah muda tersebut. Oleh kerana itu, ramai pihak media terdetik pelbagai persoalan dan ada juga yang menganggap mereka sedang di lamun cinta. Terbaru, pada masa yang sama, rakan media kami OhBulan telah menemubual Neelofa sendiri bertanyakan kesahihan gosip tersebut, dan dengan jelasnya, Neelofa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gosip tersebut. Malah Neelofa juga menambah bahawa dia tak pernah terlintas untuk jatuh cinta dengan Hans Isaac kerana amat menghormati individu itu sebagai seorang pengarah dan rakan sekerja. Pada masa yang sama, Lofa juga mengakui bahawa dirinya sudah jemu di himpit dengan pelbagai kontroversi cinta yang tak pernah habis. Dan katanya, beliau sedaya upaya mengelak dari mempunyai hubungan cinta dengan artis atau selebriti dan hanya akan memilih lelaki yang menceburi bidang perniagaan sahaja. Berikut antara penjelasan Neelofa kepada OhBulan.

“Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya,”

“Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan.”
“Filem lakonan Lofa pun tak keluar lagi, tapi pelbagai spekulasi diperkatakan orang. Sebenarnya, Lofa sudah muak dengan gosip pasal lelaki ni. Sumpah demi Allah Lofa tiada kekasih atau skandal atau dating dengan sesiapa pun. Ya Allah, tipu sangat! 
“Kalau kemana-mana pun, Lofa akan pandu sendiri. Lofa masih baru dalam industri, tiada istilah cinta kerana nak fokus pada kareer, pelajaran dan perniagaan kasut,”
“Kekangan masa serta jadual kerja yang padat boleh membuatkan hubungan istimewa itu menjadi hambar. Sebab itu, Lofa kini lebih menyukai lelaki yang menceburi bidang perniaagaan. Sekurang-kurangnya, dia mempunyai masa untuk Lofa. Dan, dia boleh bercerita perihal bisnes sebab itu memang minat Lofa juga.”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply