Jika baru-baru ini kami siarkan anda kisah Abby Abadi yang membenarkan anak-anaknya hadir ke majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang akan berlangsung pada 24 September 2011 di Kota Tinggi. Kini kami siarkan pula status baru Abby Abadi di Facebook milik beliau, setelah ramai bertanyakan pelbagai soalan mengenai ketabahan artis bergelar ibu tunggal ini. Dalam Facebooknya Abby Abadi menceritakan saat paginya menyiapkan baju-baju anak beliau dan beliau menjawab persoalan yang mungkin terbuku di hati peminatnya. Dan dalam ucapannya yang terakhir beliau menulis “Tiada dendam di hati ini. Semoga segalanya dipermudahkan, amin,”. Berikut screenshoot Facebook milik beliau.
- Recent Posts
- Comments
Advertisement
0 comments