Sesi Soal Jawab Eh! & Neelofa Serta Video Photoshoot

Baru tadi kami membaca Majalah Eh! secara online, apa yang kami rasa menarik ialah temubual dan sesi soal jawab antara wartawan dengan Neelofa. Pelbagai persoalan di ajukan kepadanya. Jom tengok sesi soal jawab dan videonya di bawah.
Apakah sasaran Lofa dalam kerjaya kini sebagai artis?
Selain memenangi anugerah, Lofa mahu kekal dalam industri seni. Lofa cukup mengagumi Erra Fazira yang mampu bertahan begitu lama biarpun melepasi dua dekad. Kalau boleh, Lofa juga mahu mencapai tahap itu.

Adakah Lofa bercita-cita menjadi artis sejak kecil?
Semasa kecil, Lofa pernah berangan menjadi Miss World! (Tertawa) No, I never thought I’m going to be an actress. Lofa mana ada ilmu lakonan! Minat pun tiada. Tetapi lama-kelamaan, minat itu timbul dengan sendirinya lebih-lebih lagi selepas menerima tawaran berlakon filem ‘Azura’ oleh Abang Aziz (Aziz M Osman).

Apakah filem kegemaran yang menjadi impak dalam kerjaya Neelofa?
(Terdiam lama) Sembilu! Itulah filem pertama yang pernah Lofa tonton. Lofa masih ingat jalan ceritanya malah dialog pun Lofa hafal! Erra dan Ziana Zain benar-benar memberikan lakonan berkesan. Terutama sekali Ziana yang bukan sahaja menjiwai wataknya dengan baik, malah gayanya memang tersendiri. Gayanya mengangkat kening memang ‘mahal’!

Jika Neelofa seorang penyanyi, siapa penyanyi yang menjadi inspirasi?
Tentunya Katy Perry! Personaliti Katy sangat menarik. Apatah lagi kecantikannya melengkapkan lagi pakej untuk bertambah popular. She is hot! Lofa juga sukakan muzik dan kegilaannya. Pendek kata, Katy is a very fun person to look at!

Jika Neelofa mempunyai kuasa (super power), apakah kuasa Lofa?
Hah? Alamak…(terdiam) Lofa mahukan kuasa halimunan! Haha!
Kenapa nak jadi halimunan? Nak lari dari media ya?
Ha’ah. Boleh tak? Haha! Tak lah, Lofa nak hilang daripada situasi seperti stres atau hilang kawalan. Lofa tak mahu menghadap semua itu. Jadi jalan terbaik adalah menjadi halimunan.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply