Shahir AF8 Nafi Bersara Dalam Dunia Seni

Lama rasanya tak dengar nama Ahmad Shahir Zawawi atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8, semenjak kenyataannya yang di katakan ingin berhenti dari dunia seni ini. Namun terbaru, di Rumah Terbuka Gempak Raya Astro malam tadi, beliau muncul selepas 4 bulan menghilangkan diri dari dunia seni. Ketika di temui juga, beliau menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni. Shahir berkata, dia membuat keputusan untuk bercuti selama 3 bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu dan ingin berehat di kampung serta menemani ibu ayah beliau yang sebenarnya risau akan keadaannya di Kuala Lumpur apabila pelbagai kisah kurang menarik timbul. Shahir juga dalam pada itu, turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang dan tidak terurus. Dan untuk pengetahuan, Shahir mempunyai single terbaru berjudul Pendam yang sudah pun ke udara di corong-corong radio sejak awal September lalu dan kini sedang merancang untuk muncul dengan album penuh tidak lama lagi. Shahir juga khabarnya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan beliau selepas makan banyak sempena Aidilfitri dan sebagai persediaan untuk album baru nanti. Berikut ulasan beliau dan beberapa kepng gambar beliau malam tadi.
"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti dari industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.
"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga,"
"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.
"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri,"
"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.
"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu,"
"Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu Pendam,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply