Yuna Dapat Visa Kerja Di US

 Khabarnya Yuna dah dapat Visa Bekerja di Amerika Syarikat (US) . Elok sangatlah tu, beliau pun kami dengar cerita asyik ulang alik dari US ke Malaysia kerana sibuk bekerja, jadi mungkin dengan adanya visa ini, dapatlah memudahkan urusan beliau. Untuk makluman, beliau telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman indie, Fadel Labe dan kini juga, beliau mempunyai lebih 30 buah lagu sebagai calon untuk album terbaru beliau yang akan di pasarkan di Amerika Syarikat dan  di Eropah. Apapun, gadis dahulunya bermula dari YouTube ini, masih meneruskan usahanya menulis lagu, bagi mendapatkan sentuhan terbaik untuk album sulungnya yang mensasarkan penonton yang lebih ramai. Yuna juga khabarnya ingin menetap di US dalam jangka masa lama selepas beliau mendapat Visa bekerja ini. Walau pun begitu, beliau tetap akan pulang ke Malaysia 6 bulan sekali untuk bertemu peminat dan media bagi memberitahui status terkini beliau, juga tidak lupa untuk berjumpa kekasih hatinya. Kepada peminat beliau, jangan lupa mendengar album versi penuh kolaborasi beliau bersama Pharell Williams dan Guy Sebastian.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply