Adzrin Adzhar Bakal Di Hukum Penjara, Selama Setahun

Artis yang popular dengan lagu Pujaan Malaya, iaitu Noradzrin Adzhar, 26 yang lebih dikenali dengan nama Adzrin Adzhar bersama bapanya penerbit filem iaitu Datuk Adzhar Sulaiman,56, serta kakaknya Noradzma Adzhar,35, bakal dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas isabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta. Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan bapanya selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun. Manakala kakanya yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen. Adzrin Adzhar pula bakal dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali. Beliau, bapa dan kakaknya yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009. Kredit Kosmo! untuk berita ini. Kami juga di fahamkan, di blog beliau, ramai individu yang tidak bertanggungjawab memaki hamun beliau dan keluarga melalui komen yang kesat dan berunsur lucah, namun beliau bersabar dan masih menjelaskan kebenaran cerita sebenar yang masih dalam proses Mahkamah. Berikut lagu Pujaan Malaya yang bagi mereka yang masih belum mengenali beliau.


Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply