Mamat Sepah Kabur, Samada Fida Memaafkanya Atau Tidak

Kelmarin, Fida ada meluahkan rasa terkilan, sedih dan kecewanya terhadap kekasihnya Mamat Sepah di atas kesalahan beliau menmuatnaik gambar tidak bertudung milik Fida ke laman sosial dan memberikan alasan tidak munasabah, seperti tidak perasan dan rabun. Hari ini di Mstar Online, Mohd Noor Murad atau Mamat memberitahu masih kabur sama ada kekasihnya itu, Fida Ibrahim telah memaafkan dirinya berhubung isu tersebut atau pun tidak. Mamat berkata, melalui satu perbualan dengan Fida baru-baru ini, kekasihnya itu telah memaafkannya secara lisan tetapi tidak pasti sama ada ia lahir daripada kejujuran hati Fida atau tidak. Dalam pada itu, Mamat memberitahu buat masa ini dia tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kejadian itu kerana enggan kes tersebut terus panas dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua belah pihak. Berikut kenyataan mamat kepada media Mstar semalam.


"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.
"Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu," 
"Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai,"

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply