Album Pertama Qalisha Hasil Pertemuan Dengan Ajai

Hari ini, 5 Oktober 2011, artis baru dalam bidang nyanyian, iaitu Noor Qalisha Ahmad Rashid yang lebih mudah dikenali dengan nama Qalisha ini melancarkan album pertamanya petang tadi, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Ketika berucap di pentas Qalisha menangis kerana terharu dan gembira akan pelancaran albumnya itu dan tidak menyangka ramai pihak media yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya. Di fahamkan bahawa, bakat Qalisha di cungkil oleh komposer terkenal Ajai sejak 5 tahun dahulu di restoran ayahnya di Kuala Terengganu, tetapi ketika itu hasratnya untuk menjadi seorang penyanyi terpaksa dipendam kerana ketika itu Qalisha masih lagi bersekolah dan menetap di Terengganu. Tetapi dua tahun lalu keluarganya telah berpindah di Kuala Lumpur dan Qalisha pun menyahut cabaran Ajai untuk menjadi seorang penyanyi terkemuka. Tanpa menoleh kebelakang jelitawan ini mengorak langkah satu persatu sehingga berjaya menghasilkan albumnya pada hari ini. Ada sebabnya bintang baru ini menangis, mungkin kerana cabaran yang di lalui bukan mudah. Dapatkan album beliau di pasaran hasil edaran Warner Music. Gambar sekitar majlis pelancaran albumnya di bawah.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply