Ally Iskandar & Rozita Di Pilih Sebagai Pengacara ASK2011

Semalam, berlangsungnya sidang media Anugerah Skrin 2011 di Double Tree By Hilton di Kuala Lumpur. Apa yang menarik, pelakon terkenal, Rozita Che Wan telah dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November 2011 ini. Rozita juga akan digandingkan dengan pengacara TV3 iaitu Ally Iskandar pada majlis itu. Rozita yang ditemui berkata, pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan. Katanya, tugas itu adalah peluang besar untuk dirinya, mengembangkan kerjaya seni ke tahap lain. Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian antara mereka. Untuk makluman anda, ASK2011 akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene selaku penaja utama. 10 kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. ASK2011 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula melibatkan 25 filem terbitan tempatan yang layak dipertandingkan. Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011. Manakala juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem, supaya keputusan juri adalah adil dan telus. Kali ini, tema 'Golden Glamour' dipilihsebagai tema rasmi untuk ASK2011. Dan pastinya menarik dengan persembahan dari artis baru seperti Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor serta persembahan daripada pelakon popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay pastinya membuatkan anda tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk menonton ASK2011. Berikut ulasan 2 pengacara baru ASK2011.
Ulasan Rozita
"Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut,"
Ulasan Ally
"Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
"Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti,"

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply