Awie, Zed & Adam Berkolaborasi Dalam BN Youth Music 2011

Semalam rakan media kami Roti Kaya menghadiri sidang media khas yang dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia yang khabarnya, ia turut melibatkan penyertaan beberapa artis popular tanah air seperti Awie, Zed Zaidi dan Adam AF2. Manakala khabar angin mengatakan, Awie dan ramai rakan artis lain di katakan akan menyerahkan borang penyertaan untuk menyokong Pemuda UMNO dalam majlis itu juga di lihat adalah tidak benar. Ini kerana, Pemuda UMNO dan artis-artis yang diketuai Awie sebenarnya, hanya ingin berkolaborasi untuk sebuah acara yang mereka namakan sebagai BN Youth Music 2011. Dan rakan media kami difahamkan, BN Youth Music 2011 ini merupakan sebuah usaha kerajaan melalui Pemuda UMNO, untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang muzik melalui ujibakat secara online. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang merupakan Setiausaha Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO tersebut, berniat untuk memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat terpendam, di beri peluang untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka. Berikut gambar sekitar sidang media dan videonya.


Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply