Faralyna Idris Inginkan Watak Lebih Jahat

Kenal dengan Faralyna Idris, 20,? ia kalau anda pernah lhat Drama Kisah Kaisara di TV3 suatu ketika dulu, anda pasti mengenalinya. Terbaru, beliau muncul dalam filem Klip 3gp arahan Aidil Fitri Mohamed Yunos. Filem yang turut membabitkan artis kumpulan ONE ini memberikan pengalaman hebat bagi beliau katanya. Beliau juga khabarnya ingin melakonkan watak lebh ganas dan jahat seperti watak-watak jahat dalam filem KL Gangster. Berikut ulasan beliau semasa preview media filem Klip 3gp, di GSC Pavilion, kelmarin.
“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,”

“Watak sebagai Sandra ini memang berat. Sebelum ini, banyak pengarah memberikan watak sebagai gadis kampung kepada saya. Namun, Klip 3gp telah mencabar saya untuk melakukan kelainan. Sebenarnya, saya pun berfikir 2 kali sebelum menerima watak ini. Setelah berbincang dengan pengarah on what DOs and DON’Ts, saya rasa lebih selesa,”
“Selepas ini, saya teringin sangat nak melakonkan watak wanita brutal dan ganas. Kalau KL Gangster tampilkan pelakon lelaki, kenapa pelakon wanita tak boleh? Kalau ada peluang sebegitu, memang saya tak tolak,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply