Fida Putuskan Hubungan Percintaan Dengan Mamat Sepah

Rakan media kami, Roti Kaya pagi tadi khabarnya telah menghubungi Fida tentang status hubungan beliau dan Mamat Sepah. Ini kerana, rat-rata peminat hiburan mengatakan hubungan mereka semakin kacau dan berada di penghujung jalan walaupun pasangan tersebut langsung tidak membuat apa-apa kenyataan. Namun, setelah di hubungi pagi tadi, Fida khabarnya memberitahu akan teruskan kehidupan tanpa Mamat Sepah lagi. Berikut antara temubual rakan media dan Fida. Kesian pulak dengan Mamat nie, dah la kena buang dengan geng Sepah die, ini kene putus cinta pulak.. hermmm..
Apa status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut ?
“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain ?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media ?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa-apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”
Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami ?
“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply