Semakin cantik nampaknya bekas isteri Lan A to Z. Pada yang belum mengenali, di atas ialah Marcella Shariff, bekas isteri Lan A to Z yang akan berkahwin baru pada 11/11/2011 ini. Ketika di hubungi menanyakan mengenai perkahwinan bekas suaminya, Marcella mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya itu, katanya. Beliau juga mengaku, masih berhubung dengan bekas ibu mertuanya kerana bagi Marcella, ibu Lan seorang yang kelakar. Beliau juga katanya masih belum mendapat apa-apa undangan lagi dari pihak bekas suaminya. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Marcella pernah mengeluarkan kenyataan yang dia meninggalkan Lan dan membawa anak-anaknya ke England kerana hidup susah bersama Lan di Malaysia. Setelah bertahun-tahun cuba mempertahankan rumahtangganya Marcella mengalah dan memulakan kehidupan baru di England. Untuk pengetahuan juga, perkahwinan terbaru Lan dengan Siti Nur Ain November ini ditaja sepenuhnya oleh Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM). Lagi gambar Marcella bersama anak-anak, Puteri Nur Aqmar, Puteri Nur Syafiqah, dan Puteri Nur Farhana dan ulasan Marcella ketika di hubungi media. Kredit
Harian Metro.
"Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.
“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah.”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments