Gambar Juliana Evans Di Jelita Oktober 2011

Majalah Jelita edisi Oktober 2011 memapar Juliana Evans sebagai cover untuk majalah tersebut. Jelita kali ini juga adalah edisi khas perkahwinan maka sudah tentu banyak soalan berkaitan kahwin di tanyakan kepada gadis cantik ini. Juliana berkata, beliau kini tiada perancangan pun untuk menamatkan zaman bujang dan katanya, beliau masih belum mempunyai calon yang sesuai. Namun, beliau tidak menetapkan, samada bakal suaminya berbangsa Inggeris atau tidak, dan tidak menolak sekiranya bangsa Inggeris adalah jodohnya. Apa yang penting katanya, keluarga dapat menerima bakal suaminya kelak. Tambah Juliana, beliau mempunyai impian yang besar iaitu mahu melancong ke Amsterdam, Belanda sebelum bergelar isteri. Khabarnya yang akan melanjutkan ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Amerika Syarikat tidak lama lagi, beliau jatuh hati dan terpesona dengan sejarah dan seni bina Amsterdam dan kerana itulah beliau mengimpikan untuk ke sana.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply