Gambar Majlis Pernikahan Yasmin Hani & Shahrin

gambar pernikahan yasmin hani
Shahrin Mohammed Razali Wong  atau lebih di kenali sebagai Shahrin Blackrose telah sah bergelar suami kepada Yasmin Hani Richardson atau di kenali dengan nama Yasmin Hani, hanya dengan sekali lafaz tepat jam 3.45 petang tadi. Mereka diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, Selangor. Rombongan bagi pihak Shahrin, telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Hantaran tersebut termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran. Manakala pihak Yasmin Hani pula membalas dengan 9 dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran. Pasangan mengenakan busana  brwarna putih yang diilhamkan oleh Qamilla dan di hias oleh Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Pelamin mereka pula, telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali. Majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat ini, di lokasi yang sama. Untuk makluman, Shahrin merupakan duda bagi dua orang anak, Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya terdahulu, dan anak beliau di bawah jagaan bekas isterinya yang kini berada di London. Berikut lagi beberapa gambar di majlis pernikahan mereka.

gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply