Gambar Tiz Zaqyah dan Izara Aishah Di BiPoP

tiz zaqyah izara aishah
BiPop kali ini menggunakan gambar pasangan Drama Soffiya iaitu Tiz Zaqyah dan Izara Aishah sebagai cover girlnya. Mereka yang memakai baju kebaya kelihatan anggun dan nampak kemelayuanya. Apa yang menarik lagi ialah kandungan cerita mengenai hubungan Tiz dan Remy Ishak. Dalam BiPop, Tiz mengaku yang beliau sedang rapat dengan Remy dan beliau juga mengaku pernah makan bersuap namun bukan seperti yang di laporkan sebelum ini, mereka hanya bersuap apabila berdua dan tidak dilihat khalyak umum. Tiz dan Remy khabarnya bukan tidak mahu mengaku sedang bercinta, namun memberi keputusan dan penilaian dari mereka yang benar-benar ingin mengetahui sejauh mana hubungan mereka melalui perkembagan mereka di Facebook, dan mereka merasakan sekiranya ianya jelas di laman sosial tersebut, jadi tidak perlulah ia di perjelaskan lagi di media dan di kecoh-kecohkan. Berikut lagi gambar cover girl di Bipop dan ulasan Tiz. Untuk perkembangan Tiz dan Remy, like Facebook Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah izara aishah
Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya. Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi.
Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun… Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu. Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun.
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply