Hubungan Izreen & Johan Telah Berakhir ?? - Video

 
Baru-baru ini, semasa sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November 2011 depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, semalam. Kedua-dua artis ini, mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta. Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik. Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu. Manakala, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu. Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha dan Johan, namun agak tidak logik katanya perlu mengambil gambar banyak-banyak kemudian di sebarkan melalui twitter. Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini. Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Johan dalam apa jua kerjaya yang memerlukan kerjasama mereka. Berikut ulasan Izreen. Kredit Mstar & RotiKaya
Johan & Izreen yang di temui di One Utama baru-baru ini
Izreen langsung tidak memandang Johan ketika di temubual
“Mula-mula sekali saya ingin memohon maaf sebab kenyataan saya sebelum ini agak emosional kerana berada dalam keadaan tertekan. Saya tak terfikir panjang apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi sekarang, saya nak bagi penjelasan tentang apa perkara sebenarnya yang berlaku,”

“Saya dihentam teruk sangat di laman-laman maya. Salah saya sendiri sebab tak buat penjelasan sepenuhnya sebelum ini. Saya harap peminat dapat menilai sendiri perkara yang berlaku selepas kenyataan yang saya akan berikan ini.”
“Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya mengaku saya bercinta dengan dia sebelum ini. Kami sudah bercinta sejak hujung bulan Mei lalu iaitu ketika penghujung drama Juvana. Saya tak nak mengaku dan memberitahu kepada masyarakat sebelum ini sebab bagi saya terlalu awal untuk didedahkan. Bagi saya tidak adil buat diri saya kerana kenyataan dia bercanggah sebelum ini di mana dia mengatakan yang kami tidak bercinta. Saya ada bukti SMS dan video mengatakan kami berdua memang bercinta.”

“Saya ada beberapa video lagi tapi biarlah ia menjadi koleksi peribadi saya saja. Jadi, kepada Johan, lebih baik dia fikir dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Bila dia keluarkan kenyataan tidak bercinta, saya rasa tak adil bagi saya. Saya tak gaduh dengan dia cuma saya kecil hati dengan tindakan dia.”
“Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.

“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,”

“Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,”
“Saya mahu memohon maaf sekali lagi kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,”

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply