Gambar & Video Olivia Jensen di Finas

Jumaat lepas, rakan media kami, Roti Kaya bertemu dengan bintang dari tanah seberang Indonesia iaitu Olivia Lubis Jensen di Finas untuk menyaksikan proses dubbing terakhir filem terbaru Ahmad Idham berjudul Gerimis Mengundang. Filem ini adalah kerjasama antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang mana, Malaysia di wakili oleh Excellent Pictures dan ERAMA Creative Sdn Bhd manakala Indonesia di wakili Wanna-B Pictures. Gerimis Mengundang bukan sahaja kerjasama dua negara tetapi juga menampilkan hero dan heroin dari negara masing-masing iaitu Kamal Adli dan Olivia Lubis Jensen. Filem yang menjalani penggambaran 100% di Sabah ini sudah hampir siap dan proses dubbingnya, sudah pun berjaya di habiskan. Menurut Olivia Jensen, ini merupakan pertama kali dalam karier beliau di mana proses dubbing di lakukan untuk seluruh filem kerana di Indonesia dubbing hanya untuk memperbaiki kualiti audio dalam sesetengah bahagian. Filem Gerimis Mengundang akan menemui penonton di Malaysia dan Indonesia secara serentak pada Mac 2012 ini.Berikut temubual rakan media dan gambar Olivia Jensen Jumaat lepas.

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply