Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang gosip yang mengatakan,
Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira kerana cemburu terhadap adik Sharifah Shahira, iaitu Sharifah Nurul Sakinah yang dikatakan sedang bercinta dengan Gambit Saifullah. Terbaru, rakan media ada menghubungi beliau bertanyakan isu tersebut. Beliau menafikan menyerang Sharifah Shahira namun hanya ngin mendapatkan kepastian mengenai individu yang memburukan namanya, bukan kerana cemburu seperti yang di perkatakan. Beliau juga dalam nada sedih dan kecewa bertambah jemu dengan fitnah dari kalangan artis yang memburukkan beliau. Beliau katanya seperti sudah mati. Beliau tidak tahan kerana segelintir individu mengatakan dirinya gila di sebabkan kemalangan yang pernah di laluinya dulu. Julia juga katanya, hanya akan berserah pada Tuhan dan tidak mahu melakukan apa-apa lagi. Manakala Gambit yang turut di hubungi rakan kami memberitahu, beliau tidak merasakan Julia menyerang Sharifah Shahira seperti yang di dakwa, dan beliau juga ada menasihati Julia agar dapat sedar akan kesalahanya. Beliau juga menfikan mempunyai hubungan dengan Sakinah. Berikut ulasan mereka.
Ulasan Julia Ziegler“Saya tak serang dia, saya cuma mahu mendapatkan kepastian. Bayangkan awak ada kawan baik, tapi tiba-tiba kawan baik awak mereka-reka cerita yang buruk di belakang awak, sakit tak hati awak? Samalah pada saya, sebab itu saya pergi berjumpa terus dan dengar dari Sharifah Shahira sendiri.”
“Saya dah jemu dan letih dengan keadaan sekarang ni. Mereka memburuk-burukkan saya pada orang lain, bukankah itu fitnah? Dan fitnah lebih teruk dari membunuh, sekarang pun saya rasa seperti sudah mati.”
“Saya dah tak tahan dengan mereka, mereka kata saya gila sebab kemalangan yang berlaku beberapa tahun lepas. Saya bukannya jenis memburukkan dan menyerang orang untuk kebaikan sendiri.”
“Sebenarnya saya jenis yang malas dan tak suka nak bertengking dengan siapa-siapa. Lepas ni biarlah orang nak cakap apa, saya berserah pada tuhan saja.”
Ulasan Gambit Saifullah“Saya tak rasa Julia serang Sharifah Shahira walaupun saya tiada disitu. Tapi biasalah, kadang-kadang bila kita meninggi suara, orang akan rasa tidak selesa.”
“Saya ada berkata pada Julia, fikirkan balik samada apa yang dia buat betul atau salah. Saya menasihati dia tidak lebih dari sekadar kawan dan dia sedar kesalahan dia. Saya juga tiada apa-apa hubungan dengan Sakinah seperti yang dihebohkan.”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments