Hanya Nabila & Suami, Tahu Punca Sebenar

Terbaru, dalam Pancaindera, Nabila Huda yang menggelarkan dirinya Abil berkata, beliau dan suami akan bergilir-gilir menjaga anak tunggal mereka, Keisha. Dalam pada itu juga, beliau menafikan dakwaan pelbagai pihak menyatakan, punca penceraian mereka kerana orang ketiga. Dan beliau menyatakan, penceraian adalah jalan terbaik untuk mereka. Berikut penjelasan Nabila.

Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir.

Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum. Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply