“Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awalnya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.”Kenapa Julia Ziegler menyerang Sharifah Shahira?
“Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celuar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia disitu juga.”
Kami menghubungi Nurul Sakinah pada awalnya bertanyakan tentang gossip hubungan cinta beliau bersama Gambit Saifullah dan aktress baru ini menafikan gossip berkenaan dan berkata mereka hanya kawan rapat.
Gambit Saifullah juga kami hubungi selepas itu dan kerana kesibukan, kami tidak dapat bersembang lama namun seperti Nurul Sakinah, jejaka ini juga menafikan gossip cinta mereka berdua. Jelasnya, punca tindakan luar kawalan Julia Ziegler menyerang Sharifah Shahira adalah bermotifkan cemburu kerana Gambit Saifullah kini merupakan jejaka yang bertakhta dihati. Dalam kata-kata penuh meroyan Julia Ziegler, Sharifah Shahira berkata beliau kemudian jelas dengan motif tindakan pelakon itu yang sebenarnya tidak senang akan hubungan rapat antara Gambit Saifullah dan adiknya Nurul Sakinah.
“Ala dik, suami saya yang satu ini pun pernah diganggu orang lain tetapi saya tidaklah hendak melatah. Ini hal peribadi kita, kita boleh selesaikan sendiri. Kami memang jarang libatkan orang luar.”Julia Ziegler sudah minta maaf ?
“Sempat juga dia (Julia Ziegler) berpesan kepada saya supaya menjaga tingkah laku si Sakinah. Sempatlah pulak kan? Baik saya pentingkan suami, anak & mencari rezeki.”
Menurut Sharifah Shahira sebelum menamatkan perbualan kami, beliau menyebut yang Julia Ziegler sudah pun meminta maaf kepada beliau selepas di’minta oleh Gambit Saifullah.
“Dia ada telefon saya balik kata minta maaf atas tindakan luar kawalan dia hari itu. Katanya, dia mahu marahkan Didie Alias tetapi terlepas kemarahan kepada saya. Eh, muka aku ada iras Didie Alias ke?”
0 comments