Maharaja Lawak Mega (MLM) Bermula 28 Oktober 2011

Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah kesinambungan selepas pogram realiti Maharaja Lawak yang pernah di tayangkan sebelum ini.MLM akan bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 ini hanya di Astro Warna. Ia akan membawa masuk 47 orang pelawak profesional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Peserta MLM adalah terdiri daripada kumpulan vetran dan junior antaranya kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid sebagai peserta solo. Kesemua peserta, turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi antara dua negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian juga pastinya akan menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. MLM juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas),SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana). Manakala hos bagi program ini ialah AC Mizal. Layan promo bagi pogram realiti MLM.

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply