Assalamualaikum semua!
Amacam weekend ok..? Alhamdulillah weekend Nana, MRB dan Althea meriah sangat! Kitaorang buat birthday party Althea semalam (Ahad) secara kecil kecilan je.. Jemputan pun close friends dan family sahaja.. Abah datang all the way from BP.. Thanks abah.. Terima kasih jugak kat mak yang tolong semalam.. Juga kepada kak Aida yang dengan gigihnya membawa sate dan bekas tempat air tu.. Maklumlah masa utk preparation tu singkat sahaja.. Pond pond (Fafau) yang bawak ice, Kak Madis yang bawak bakul nak letak lollipops dan semua lah yang membantu semalam ye..
Patutnya hari ni Nana nak update gambar gambar party semalam, tapi Nana rasa biarlah Nana jernihkan keadaan yang mana tiba tiba semalam masa tengah bergumbira ria, Nana dengar ade gosip yang agak melampau pada Nana.. Nana dan MRB bercerai.. GILE KE APA?! Maklumat yang 'boleh dipercayai' ni kononnya dari seorang kaunselor yang ade senarai artis yang bercerai etc dan Nana antara salah seorang yang ada dalam list tu dan sebab cerai pasal hantaran gitar.. Astaghfirullahalhazim.... Kaunselor ape tu? Manakan nak cerai, gaduh pun susah Nana dan MRB ni.. Hmm.. Gitar? Gitar? Serious?! Agak sedih bila ada yang baca dah percaya.. Dan yang lebih sedih bila yang percaya tu turut memaki, pandang serong, menokok tambah cerita cerita karut ni.. SEDIH!
Nana pun tak paham bila sampai tahap cerai berai dorang ni boleh buat main.. Dah tak de cerita lain ke..? Nana dan MRB bahagia! Demi Allah yang Maha Esa, cerita tu fitnah semata mata.. Nana dan MRB tak pernah jumpa mana mana kaunselor, ke pejabat agama ke atau terdetik walau sedikit pun untuk kitaorang bercerai.. Mintak simpang lah.. Memang ajal, maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi, tapi buat setakat ini, kitaorang BAHAGIA... Haa kau siap warna warni lagi.. Salah ek kalau bahagia?
Oklah, Nana pun tak nak ulas panjang lebar.. Tak guna jugak kan sebab kalau orang nak percaya apa yang dorang nak percaya tak kira apa yang Nana cakap agar dorang percaya untuk mmpercayai apa yang Nana kata memang susah lah dorang nak percaya! Hahaha! Cut the story short, Nana, MRB dan lil Althea bahagia! Happy!
Last but not least, Nana harap, korang semua dapatlah sampaikan pada orang orang yang percaya dengan fitnah tu perkara sebenar k.. Tak leh pun tak pe.. Tak pun, soh dorang baca blog Nana ni.. Sebab Nana rasa Nana dah terlalu terbuka dan transparent ngan kehidupan Nana selama ini dan semua Nana kongsi ngan korang kat blog ni..
Orang cakap, pekakkan telinga, ignorekan saja.. Memang lah tu cara yang terbaik, tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, tak banyak, sedikit mesti ada rase sedih dan geram betul? Tapi Nana dah ok, MRB lagi best, dia gelak je.. Hahaha... Dan Nana harap kepada pembuat cerita tu dapat betulkan balik statement dia dan Nana nak juga tengok list dia tu.. Dari mana dia dapat.. Hentikanlah buat fitnah ye.. Tak berapa nak elok..
Thanks untuk yang bagi semangat dan kata kata yang agak best kat Nana kat twitter semalam.. :) Nantikan besok Nana update pasal birthday party Althea ok! xoxo
p/s : Ampun maaf kalau ade kata kata Nana tulis kat sini menyinggung sesiapa..
Penafian Nana Bercerai Dengan Brian Di Blognya
Baru-baru ini, seorang penyampai baru di stesen Radio HotFM di gosipkan telah bercerai. Nana atau nama penuhnya Nana Mahazan di gosipkan telah bercerai dengan suaminya Brian. Ia bermula ketika seorang sumber yang tidak di kenali mengatakan telah menghadiri sebuah majlis berunsurkan kekeluargaan mendengar seorang penceramah menyatakan, bahawa beliau mempunyai fail penceraian beberapa orang artis. Dan menurut penceramah tersebut, penceraian salah seorang artis tersebut adalah berpunca kerana hantaran sebuah gitar dari pasangan mereka. Oleh itu, ramai membuat andaian bahawa Nana dan Brian adalah orangnya, ini kerana hantaran pasangan terbabit juga ada di selitkan sebuah gitar suatu ketika dahulu, menurut sumber. Namun, setelah beberapa hari isu ini kecoh, dan sehingga mendapat pengetahuan dari empunya badan. Nana telah membuat satu artikal yang mungkin boleh menjelaskan segala-galanya. Menurut Nana, beliau dan suami serta anaknya Althea sedang gembira bersama dan tiada apa-apa masalah berlaku dalam rumahtangga mereka. Berikut antara petikan dari Artikal beliau di blog miliknya. Kredit blog Nana.
0 comments