Pengurus Najwa Latif Tunding Jari Ke Muka Wartawan ??

Terbaru, rakan media kami melaporkan, bahawa, semalam seorang pihak media mengadu mengenai nasibnya yang dilayan bukan seperti media oleh pengurus Najwa Latif yang bernama Azahari juga bekerja di bawah Syarikat NSR Records. Khabarnya, wartawan wanita tersebut hanya ingin menanyakan tentang gosip Najwa Latif dengan ayah kandungnya dan ingin mengetahui perkembangan gosip tersebut, namun soalan yang di ajukan di balas dengan herdikan dan kata-kata kurang manis Azahari kepada wartawan wanita tersebut. Malah, Azahari juga di katakan menunding jari kepada wartawan tersebut dengan amaran agar tidak menulis apa-apa kaitan isu hubungan Najwa dan bapa kandungnya. Malah, wartawan malang ini memberitahu, Azahari katanya mahu menyaman sebuah akhbar media harian kerana menjadi media pertama menyebar dan menyiarkan gosip sensasi tersebut. Nampaknya, kami juga harus berhenti menulis mengenai Najwa Latif lagi.. hehe..

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply