Penjelasan Adam Shah Isu Syok Dengan Penerbit Media Prima

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai kisah gosip Adam Shah,30, yang di katakan syok sendiri dengan seorang penerbit bahagian Online di Media Prima dalam ruangan 'Adam Shah Syok Dengan Penerbit Media Prima ??'. Terbaru, rakan media dalam temubual ringkas menanyakan isu tersebut kepada beliau, beliau dengan pantas mengaku bahawa mengenali penerbit online yang di maksudkan, namun menafikan mempunyai sebarang hubungan apatah lagi mengongkong kehidupan si penerbit tersebut. Beliau juga berkata,beliau hairan mengapa si penerbit perlu rimas, sedangkan beliau bukanlah kekasihnya dan si penerbit juga tiada kaitan dalam kerjaya beliau. Berikut beberapa penjelasan ringkas dari beliau.

“Pelik juga apabila cerita sebegini timbul sedangkan antara kami berdua memang tiada apa-apa hubungan istimewa. Kalau nak bercinta pun, kerja macam saya ni memang tiada masa. Mengenai gaya kehidupan dia, itu adalah hak peribadi. Pada saya, mana-mana manusia pun akan rimas jika dikongkong. Jadi, berbalik kepada isu asal, saya tidak pula pernah mengongkong dirinya,”

“Kami berdua pun tak pernah dating bersama. Setakat lepak 2-3 kali secara berkumpulan tu, pernah’lah. Saya tertanya-tanya juga, kenapa dia perlu rasa rimas sedangkan saya ni bukannya teman lelaki dia? Memang benar, dia adalah penerbit sebuah rancangan online. Tapi, dia tiada kaitan dengan karier saya,”

“Setakat ini, saya tak boleh nak sebut siapakah penerbit itu kerana tak nak menyinggung hati mana-mana pihak,”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply