Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Kelmarin rasanya kami membuat entri mengenai Tiz Zaqyah yang dalam kata-kata tersiratnya menyatakan beliau sedang bercinta dengan Remy Ishak. Kini, penjelasan dan pengakuan yang sahih dari pihak lelaki iaitu Remy Ishak mengenai hubungan percintaan mereka. Remy Ishak, 29, ketika di temui media memberitahu, beliau kini sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah, 22, dan percintaan mereka baru mula berputik. Kata beliau, tiada niat di hatinya untuk menyembunyikan perkara ini kepada umum, namun niat asalnya tidak mahu heboh tentang hubungan istimewa beliau dan Tiz. Beliau juga dalam katanya tidak mahu peminat mereka mengharapkan sesuatu dan hampa sekiranya jodoh mereka tidak kesampaian. Pasangan ini mula di katakan sedang hangat bercinta ketika mereka di lihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang, Selangor pada 2010, sehinggakan ada yang membuat singkatan RITZ (Remy Ishak dan Tiz Zaqyah) sebagai tanda sokongan hubungan mereka. Dan bertambah sensasi apabila, Tiz dikatakan berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka saling suap-menyuap ketika makan bersama. Berikut ulasan Remy Ishak kepada media.

"Bukan saya mahu sembunyikan hubungan kami kepada umum, tetapi sebaliknya kami tidak mahu menggembar-gemburkan tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodoh.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.

"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply