Selena Gomez Di Ancam Bunuh

Media antarabangsa melaporkan, Thomas Brodnicki, lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai rekod jenayah dalam aktiviti menceroboh permis individu lain khabarnya telah menerima arahan daripada Tuhan sendiri untuk membunuh Selena Gomez dan kerana itu, membuatkan Selena Gomez ketakutan. Lelaki tersebut menceritakan kisah dirinya yang bercakap sendiri dengan Tuhan dan telah menerima arahan untuk membunuh Selena Gomez kepada Doktor Pisikologinya, dan kemudian doktor tersebut memberitahu kepada pihak berkuasa mengenai hal itu sehinggalah ianya mendapat perkhabaran media dan Selena sendiri. Oleh itu, Thomas Brodnicki telah menerima arahan dari pihak mahkamah, supaya tidak mendekati Selena Gomez dan kes ini di pandang serius polis Los Angeles. Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Selena menerima ancaman bunuh, namun pada May 2011 lalu, ketika dunia heboh dengan perkhabaran Justin Bieber sebagai teman lelakinya, peminat Justin telah mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh terhadap dirinya.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply