Rashidi Ishak & Azura Menerima Ijazah Di UPM

Semalam merupakan hari bersejarah buat Rashidi Ishak yang merupakan pelakon juga suami kepada Vanidah Imran dan juga hari yang bersejarah buat pengacara Wanita Hari Ini iaitu Azura Zainal kerana mereka telah berjaya memprolehi Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM).Dalam temubual bersama Rashidi, beliau berkata, dia berasa bertuah biarpun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian, dan dia mampu membuktikan artis yang sibuk sepertinya boleh berjaya dalam akademik sekiranya berusaha. Rashidi katanya telah 7 tahun bergelar pelajar di UPM dan kini telah pun berjaya menamatkan pengajiannya. Manakala pengacara Wanita Hari ini, Azura Zainal pula, Ijazah yang di perolehi memberikan erti yang sangat bermakna baginya. Tambah beliau, dia bersyukur kerana berjaya menempuhi pelbagai rintangan terutamanya dari segi kekangan masa, dan beliau juga tidak dapat melupakan kenangan mengambil peperiksaan ketika beliau mengandung. Mereka antara 7,327 graduan pelbagai jurusan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan di UPM pada 15 dan 16 Oktober 2011 lalu. Berikut gambar dan cerita mereka.

Gambar dan Ulasan Rashidi
Rashidi Ishak dan isterinya Vanidah Imran
"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," 
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi,"
Gambar dan Ulasan Azura
Pengacara Wanita Hari Ini, Azura Zainal dan keluarganya
"Tiga tahun merupakan satu jangka masa yang agak panjang kerana ketika saya mulakan pengajian saya baru sahaja bekerja di TV3.
"Selepas itu saya berkahwin dan mengandung, ketika itu banyak dugaan yang terpaksa saya lalui kerana terpaksa berkejar-kejar antara pelajaran dan kerja.
"Kenangan paling tidak dapat dilupakan ialah saat menjawab peperiksaan akhir, saya sudah cukup bulan mengandung dan terpaksa menulis di atas perut,"

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply