Tempoh Seminggu Untuk Pian Memohon Maaf

Nampaknya, Pian Cecupak atau nama sebenar Mohd Rozi kepada Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, bakal berdepan dengan bapa tiri model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23, iaitu Datuk Mohd Rozi Md Jamil. Ia gara-gara mulutnya yang suka hati membuat publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama Aida. Semalam kami ada melaporkan, dimana Aida menafikan kenyataan Pian Cecupak itu di Harian Metro. Walaupun sebelum ini Pian pernah membantunya menguruskan rumah sewa dan mendapatkan beberapa peluang untuk anak tirinya menjadi model, Mohd Rozi tetap kesal dengan tindakan Pian dan menganggapnya sebagai mencari publisiti murahan. Mohd Rozi berkata, dia mengenali Pian sejak 2008 selepas diperkenalkan seorang kawan dan pernah berurusan dengan Pian ketika menjadi pelakon pada 2008 dan 2009. Antara drama lakonan Mohd Rozi ialah Setulus Kasih Abah dan Cinta Kartika. Menurutnya, kenyataan Pian semalam, iaitu ‘Soal cerita ini biarlah saya, Aida dan Datin Halimah saja yang tahu’ adalah tidak benar dan isterinya telah menafikan perkara itu. Kata Mohd Rozi, tindakan Pian tersebut, nyata memburukkan namanya dan keluarga, kerana pembaca akhbar pasti akan beranggapan dia tidak menjaga anak tirinya dengan baik sehinggakan tidak tahu sekiranya anak tirinya itu mahu berkahwin. Berikut ulasan beliau kepada Harian Metro.

“Saya beri Pian seminggu untuk memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida, itu pun kalau dia ‘gentleman’ dan masih menganggap saya sebagai kawan baik,”


“Saya tidak akan menyaman Pian. Cuma saya mahu dia menyesali semua kesalahan dan memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida baik secara terbuka atau melalui telefon,”


“Saya pernah menyelami dunia pelakon dan saya tahu usaha Pian ini mencari publisiti murahan. Kalau mahukan publisiti bukannya dengan mengaibkan orang tetapi dengan mengubah sikap.

“Walaupun Pian melakukan kesalahan, saya tidak berdendam, apa lagi mencari musuh, cuma saya mahu dia tampil memohon maaf,”



Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply