Selepas suaminya Rashidi Ishak menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini giliran Vanidah Imran pula mahu menumpukan perhatian pada pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau khabarnya mengambil jurusan berkaitan pendidikan dan bahasa. Oleh itu, dia terpaksa berkorban masa dan harus menolak beberapa tawaran berlakon demi cita-cita tersebut. Tambah Vanidah, semangat tersebut diperkuatkan lagi dengan dorongan ayahnya yang menyuruh dia menyambung pelajaran. Dan ketika ini adalah masa yang paling sesuai, memandangkan suaminya Rashidi sudah tamat pengajian. Berikut ulasan Vanidah semasa di temui di Majlis konvokasyen suaminya kelmarin.
"Saya memang merancang untuk sambung pengajian selepas Rashidi tamatkan pengajiannya. Alhamdulillah kini sudah masuk semester kedua saya di OUM.
"Secara jujurnya memang agak sukar untuk membahagikan masa dengan kerja sebab itulah saya menerima tawaran menjadi pengacara rancangan Nona dan menolak semua tawaran berlakon,"
"Saya menyesal kerana ketika muda saya terlalu sibuk mencari peluang dalam industri sehingga melupakan pelajaran dan saya menasihatkan artis-artis baru agar habiskan dulu pengajian mereka sebelum terlibat dalam industri ini.
"Industri ini sentiasa terbuka tapi peluang kita untuk belajar kerana itu lebih penting kerana pelajaran memberi nilai tambah dalam diri kita,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments