Zizan & Johan Pengacara Raja Lawak Musim Ke-6

Semalam, sidang media  untuk pogram reliti Paja Lawak musim Ke-6 berlangsung di Starhill Gallery, Kuala Lumpur. Beberapa perkara menarik muncul sepanjang sidang media berlangsung termasuklah perubahan format Raja Lawak dan saluran baru yang menjadi rumah kepada program ini. Raja Lawak musim Ke-6 tidak akan ada lagi di saluran Astro Prima kerana ia telah berpindah ke Astro Warna yang memerlukan anda melanggan Pakej Mustika, jadi.. kalau tak nak membazir duit, lihat sahaja di YouTube, hehe.. Manakala pihak Astro khabarnya akan menjadikan Zizan dan Jhan sebagai pengacara bagi pogram realiti ini untuk selamanya.
“Sebenarnya kami suka kalau ada peserta lain yang sesuai untuk kami jadikan pengacara selain mereka berdua tetapi chemistry yang Zizan & Johan ada untuk Raja Lawak ini kami rasakan sangat kuat. Bak kata pepatah if it ain’t broke don’t fix it”
Dalam pada itu juga, RL6 akan memperkenalkan jawatan baru iaitu  Cif Besar dan Cif Kecil. Para peserta akan di bahagikan kepada 3 kumpulan yang di ketuai oleh seorang Cif Kecil sebagai mentor dan pembimbing, dan mereka semua juga akan di pantau perkembangan oleh Cif Besar. Nantikan Raja Lawak Musim Ke-6.



Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply