"Maafkan Saya yer sebab terpaksa create album untuk publish sms-sms ini. Saya tak suka keadaan ni, Saya tak suka nak bergaduh dengan siapa-siapa pun, tapi Saya terpaksa lawan sebab apa yang keluar sangat-sangat menghina 'maruah' Saya. Saya cuma inginkan keadilan untuk diri Saya.Berikut antara SMS yang di maksudkan Abby :
"Harap semua faham.... Saya ada tiga orang anak-anak yang masih kecil untuk di sara. Kalau cerita begini yang keluar, yang sedikit sebanyak boleh buat orang membenci Saya kerana hal-hal macam ni, mereka semua tu nak Saya jadi apa? Nak Saya cari rezeki dengan cara apa?
"Saya takda siapa-siapa pun sekarang ni yang sanggup susah senang dengan Saya... Kalau tak boleh nak tolong Saya pun, janganlah menyusahkan lagi... Kalau tak suka sangat, sembelih ja bagi mati... habis cerita," ujar Abby Abadi dalam facebook miliknya merujuk artikel gosip Joyah and the geng yang memburukkan reputasinya.
"Ini sms-sms dari Amira (wartawan yg interview Saya tentang cerita yang keluar dalam Pancanindera dua minggu lepas, dan seminggu lepas tu memburukkan Saya pulak dalam ruangan Joyah). (tapi saya tak pasti sama ada dia yang menulis ataupun orang lain... tapi yang tahu cerita dia sahajalah... yang interviewpun dia, dan yang rekordkan pun dia..) Saya mula-mula ingat nak tulis balik, tapi alaaahh.. penatlah! huhu.. macam ni lebih mudah, telus, jujur, ikhlas, suci & segar! hehe.. tak PROPAAAAAA hokek? :P:P:P Sms ni dari mula Saya berurusan dengan dia, sampai lah tersiarnya semua cerita tu... Baca dan nilaikan sendiri... Saya tak marah tau! Saya sedihhh sangat sebab Saya tak tahu apa salah Saya smpai nak diaibkan macam tu sekali... huhu... TQ sebab memahami... Saya cuma nakkan keadilan,"
Ayat sebenar yang Abby tulis di Facebook Miliknya.
0 comments