Doktor Sahkan Linda Jasmine Hamil Anak Perempuan

Linda dan Que
Isteri pelakon Que haidar, iaitu Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012 depan. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.
“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru.

“Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.

“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” ujarnya ketika di hubungi.

Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.
“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.

“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” tambahnya mengakhiri perbualan.
- Mstar Online
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply