Gambar Majlis Pernikahan Dira Abu Zahar & Helmi

 gambar kahwin dira abu zahar
Tarikh yang cantik 11.11.11 pasangan Dira dan Helmi telah pun sah dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long dengan 3 kali lafaz, kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran. Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol. Majlis resepsi Dira dan Helmi ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.


gambar kahwin dira abu zahar
gambar kahwin dira abu zahar
gambar kahwin dira abu zahar


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply