Gambar Majlis Pertunangan Erni Dekritawati (Rita) & Kamarul


Khabarnya hampir 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan pasangan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, yang telah diadakan pada 30 Oktober 2011 yang lalu. Majlis khabarnya diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak. Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Difahamkan juga, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember 2011 depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember 2011. Berikut beberapa gambar semasa majlis pertunanganya.

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply