Gambar Pernikahan Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Hanya sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara WHI, Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak. Pasangan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Aiyob Shaharuddin sekitar pukul 1.30 petang dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Pada majlis tersebut, Shera juga menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang hantaran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekannya dari Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman. Pasangan akan menjalani resepsi di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh hari ini, selepas selesai sahaja majlis pernikahan ini. Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat. Untuk makluman semua, pasangan ini bertunang pada 1 Mei 2011 lalu. Berikut gambar sekitar majlis pernikahan mereka.



Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply