Ogy dan Johan Raja Lawak yang merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kalinya digandingkan di malam FFM24 tersebut. Menurut Ogy, pasangan pengacaranya itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni dan artis yang lebih senior sedangkan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan diatas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya disebelah nie ada bakat ke? dan saya merasakan perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. kata Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi, malah Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan, yang di anggap Ogy sebagai satu tindakan kurang bijak.
“Saya turut melihat trend dikalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu-satunya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.Khabarnya juga, Ogy turut meminta pendapat dan cadangan kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu agar berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan. - Roti Kaya
0 comments