Keluarga Nabila Terkejut Melihat Gambar Sosial & Bercium Beliau

 Kami pasti, anda semua telah melihat gambar sosial dan bercium Nabila Huda di Tioman baru-baru ini. Kalau belum, sila putar semula entri-entri kami, kerana hari ini kami amat malas untuk membuat apa-apa backlink.. Petang tadi sewaktu Pra Dengar Single Terbaru Amy Search dan Hazama berjudul Simetri, rakan media kami sempat bertemu dengan Amy Search dan isteri beliau Norish Hassan menanyakan mengenai isu gambar sosial dan bercium anak mereka yang telah tersebar di internet. Rakan media kami juga sempat menunjukkan beberapa koleksi gambar yang di maksudkan itu dan ternyata beliau terkejut dan tidak dapat memberikan sebarang komen untuk beberapa ketika. Menurut Amy Search, beliau sememangnya tidak tahu menahu tentang isu tersebut sehinggalah ke hari ini dan ketika bertemu Nabila Huda beberapa hari lalu, tidak pula isu ini timbul dari mulut tuan punya badan katanya. Manakala ibu tiri Nabila Huda iaitu Norish yang turut melihat gambar tersebut seolah-olah ingin menitiskan airmata dan beliau meluahkan perasaan kepada rakan media kami yang ada dengan harapan Nabila Huda tidak lari dari tanggungjawab terhadap isu ini. Berikut beberapa komen ibubapa Nabila Huda sendiri.
Amy Search (Bapa Kandung)
“Dia (Nabila Huda) tidak tinggal bersama kami & kami pun tidak tahu apa sebenar’nya aktiviti dia kerana setiap kali berhubung — akan sibuk dengan shooting,” kata Norish Hassan yang menemani Amy Search petang itu.
Norish Hassan (Ibu Tiri)
“Dia memilih jalan ini untuk menjadi selebriti dan saya sebagai bapa berharap beliau mampu menjaga diri dan tidak lari dari isu isu sebegini,” ujar Amy Search mengakhiri topik perbualan.
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply