Shehabaddin sewaktu raptai persembahan |
Walapun hanya berada selama 3 bulan diMalaysia, namun Shehabaddin turut merangkul gelaran Persembahan Vokal Terbaik di yang membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM11,000. Paling menarik beliau yang sedang belajar di negeri Indera Kayangan ini menghafal dan memahami lirik lagu yang disampaikan dengan bantuan kawan-kawannya melalui terjemahan Bahasa melayu ke Bahasa Arab. Berikut video beliau di persembahan finalnya.
Gigih berlatih selama 3 jam setiap hari memberi pulangan lumayan ketika memenangi pertandingan pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKK).
Ketika ditanya apa yang akan dibuat dengan hadiah wang tunai yang dimenangi, beliau memberitahu wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan pembelajarannya. Anak ke enam dari sembilan adik beradik ini berhajat untuk merakamkan lagu Melayu melalui ciptaannya sendiri sekiranya diberi peluang oleh komposer-komposer tempatan.
Khabarnya juga, oleh kerana sambutan hangat yang diberikan bukan saja oleh warganegara luar yang mahu menyertai pertandingan dan audiens di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam semalam, malah masyarakat secara umumnya, menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, pertandingan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

0 comments