Tiga Almari Baju Superman - Faizal Tahir

Faizal Tahir yang popular dengan gaya dan imej superman tersebut ada menyatakan pada media baru-baru ini bahawa beliau menyimpan "T-Shirt" superman sebanyak tiga buah almari, malah kata beliau, ada di antaranya terpaksa dilipat kerana almarinya penuh dengan baju superhero itu.
Makin bertambah koleksi apabila beliau juga dilantik menjadi duta DC Comics Super Heroes, Malaysia. Beliau meminati watak superman sejak kanak-kanak lagi, kami juga mendapat khabar bahawa album terbarunya Adrenalin salah sebuah lagu di dalamnya mengisahkan watak superhero tersebut. Kami juga difahamkan, beliau meminati watak The Joker dalam filem Batman. Kami difahamkan Faizal telah hampir 4 tahun menjadi duta bagi jenama superhero tersebut. Wah! betul-betul minat si Faizal nie dengan watak superman, mana tidaknya, masih segar di ingatan kami superhero Malaysia kita membuka bajunya di khalayak umum semata-mata ingin menunjukan lambang superhero tersebut di dadanya sehingga tercetus kontroversi di Malaysia sehingga menyebabkan beliau di ban. Kami pun sedih dengan cerita lama tersebut. Wal hal, artis wanita yang seksi separa bogel tidak di ban, cuma seorang lelaki bukak baju pun dah di ban. Inilah dikatakan industri seni Malaysia. Opss! hehe..

"Ada yang saya sangkut dan lipat. Tapi sejak akhir-akhir ini nampaknya kena lipat sebab jumlahnya semakin banyak dan almari pun sudah penuh.
"Selain baju, saya juga ada koleksi kasut dan barang-barang lain seperti patung dan aksesori. Semuanya menjadi koleksi peribadi kesayangan saya," ketika di temui media pada Majlis Pembukaan Butik DC Comics Super Heroes yang terbesar di Asia, di pusat beli-belah Pavilion di sini, baru-baru ini.
"Hampir setiap orang membesar dengan superhero tertentu dan saya membesar dengan watak Superman.
"Saya juga minat watak-watak superhero lain tapi Superman nampak lebih dominan dan pengaruhnya ada di situ,"
"Dulu produk-produk superhero lebih kepada pakaian sahaja tetapi sekarang produknya sudah dipelbagaikan.
"Apabila saya meninjau butiknya, saya teruja kerana jenama ini bukan hanya keluarkan pakaian, tetapi juga ada 'thumb-drive', 'casing' telefon bimbit dan iPad serta banyak lagi," katanya.
"Saya tak pernah ada masalah dengan pakaian atau produk yang dikeluarkan. Tentang harga, saya rasa berpatutan dan ia bergantung kepada material atau jenis kain yang digunakan,"ulasnya ketika di temuramah rakan media.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 comments

  1. Kami dalam proses membaik pulih kelajuan blog, harap maaf sekiranya anda mengalami masalah ketika membaca artikel di blog ini.

Leave a Reply